Friday 29 April 2011

Ayam Masak Merah Madu

Bahan:

Ayam yg telah digoreng
Halia yg telah dikisar
1 labu bawang putih dan 2 labu bawang merah dikisar bersama
2 camca besar madu
Sos tomato
Cili kering dikisar
Sedikit minyak masak
Bawang besar, cili hijau dan cili merah(sekadar hiasan)
Garam
Serbuk Perasa
Gula
Air

Cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yg dikisar sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili kisar
  4. Kacau sehingga kelihatan garing & naik bau.
  5. Masukkan sos tomato dan madu, sedikit serbuk perasa, gula, garam, air.
  6. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  7. Gaul sehingga sebati.
  8. Akhir sekali taburkan hirisan bawang besar, cili hijau dan cili merah  diatas ayam masak merah tadi sebagai hiasan.

Masak Lemak Cili Api Jantung

1 biji jantung pisang @ kulat
4 biji cili api
Sedikit kunyit
1 ulas bawang merah
½ sudu besar cili boh
Santan (1 biji)
5 sudu Tempoyak

Cara:

Rebus sebiji jantung pisang sehingga empuk & hiris halus.
Tumbuk cilia pi sehingga halus, kunyit  bersama seulas bawang merah & dimasukan ke dalam periuk bersama sedikit  air.
Biarkan naik wangi kemudian masukkan santan.
Masukkan tempoyak dan kacau sebati hingga mendidih dan naik minyak. Tambahkan garam secukup rasa.

**Cadangan dimakan bersama ikan goreng, ulam, sambal belacan.

Labu Air Masak Air

Bahan:

1 sudu besar Lada Hitam
2 ulas Bawang merah
1 ulas Bawang putih
1 ekor isi ikan selayang/ ikan sardin (kecil)
Daun kesom @ daun kemangi
Labu air dihiris sebesar ibu jari

Cara:
  1. Tumbuk lada hitam, bawang merah & putih bersama isi ikan. 
  2. Masukan semua bahan di dalam periuk beserta sedikit air & garam. 
  3. Biar mendidih sehingga labu air masak sepenuhnya. Masukkan daun kesom @ kemangi untuk membangkitkan bau.

Sos Cili Keropok Lekor

Bahan:

1 pack cili boh terengganu
1kg gula
Sesudu besar air panas

Cara:

Gaul semua bahan. Masak diatas api sehingga gula & cili sbati. Sejukkan & masukkan 

Pencicah Buah

4 sudu petis
1 blander cili kisar
1 botol besar kicap cap jalen (besar)
1kg Gula

Cara :
Masak sampai sebati.

** Taburkan kacang tanah diatas hirisan buah yg telah digaul dengan pencicah ini..Sedap!!!

Sambal Tempoyak

Bahan:

Pucuk ubi kayu
3 batang serai
Pucuk kadok
Petai
Cili padi
Bawang merah
Pati santan
Tempoyak
Ikan Bilis
Kunyit hidup

Cara:

Bawang, kunyit , ikan bilis ditumbuk. Masak semuanya.

Kerabu Perut Lembu

Bahan:

Perut
Kacang Panjang-hiris
Daun Kesum-mayang
Bunga Kantan-mayang
Santan Pekat
Bawang Besar-mayang
Limau nipis
Garam
Perasa

Bahan yg ditumbuk
Lada Hitam
Cilia pi

Cara:

Perut direbus hingga lembut & dimayang panjang. Kelapa digoreng kuning & ditumbuk sedang halus (nyor muda)

Kari Kacang Munggal

Bahan:

Rempah tumis
Rempah kari ikan
Cili boh
2 sudu bawang mesin
Gula
Asam jawa
Santan

Bahan dimayang
2 biji Bawang Merah
1 biji bawang putih
3 hiris halia

Cara:

Tumis semua bahan yang dimayang.Masukkan bawang mesin.Masukkan kari ikan & rempah tumis, cili boh, gula. Masukkan santan. Biarkan mendidih. Masukkan kacang munggal & asam jawa.

Masak Lemak Rebung Perut

Bahan:

3 keping Perut –direbus dan dihiris
2 pack rebung
1 biji santan
3 batang serai
Cili api
Kunyit

Cara:
  1. Tumbuk cilia pi & kunyit. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, Perut & serai + sedikit air.
  2. Reneh sekejap biarkan kering sedikit. Masukkan santan. Masukkan rebung & air. Biarkan air lepas paras rebung. 
  3. Masukkan gula & garam secukup rasa.

Tom Yam Ala Kampung

Bahan:

10 biji bawang putih – dihempap
10 batang serai – diketuk
5 helai daun limau  - disiat2
Sepokok daun saderi – di racik
10 biji tomato – dipotong 6
7 biji bawang besar dipotong 6
½ labu kobis bunga
Cili api – secukup pedas
Garam
Perasa
½ ekor ayam dipotong kecil
*Tambahkan pes tomyam jika ada

Cara:
Masukkan semua bahan dan biarkan mendidih.

Asam Pedas Terengganu

Bahan A- ditumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit lengkuas
1 cm Kunyit hidup

Bahan B
Cili boh
Cili api
Daun Kesom
Asam Keping
Gula

Cara:

Masukkan Bahan A yang ditumbuk. Masukkan cili boh dan cili api. Biar mendidih. Masukkan ikan, garam, gula, perasa dan akhir sekali daun kesom & asam keeping. Biarkan mendidh seketika. Sedia untuk dihidang.

Char Kue Teow Penang

Bahan untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih diketuk
6 sb sos tiram
3 sdk kicap pekat
3 sdb kicap manis
1 sdk petis
2 sb pati ikan bilis/ pati udang
3 sdk garam
1 sdk gula

Bahan untuk mee:
1 pek kue teow
1 sb cili boh
Kerang
Sedikit taugeh & daun kucai
2 biji telur

Cara untuk Paste:

Rebus udang dan iar. Bila udang hamper masak, angkat udang & toskan. Jangan buang airnya.Campurkan air rebusan tadi dengan bahan paste. Reneh paste hingga pekat. Matikan api biar sejuk dan simpan dalam fridge.

Cara untuk Mee:

Tumis cli boh hingga kering. Masukan 4 sdb paste tadi. Masukkan udang yg direbus dan kerang. Masukkan ½ cawan air. Proses memasak 3-4 min sahaja. Pastikan api kuat. Bila ir mendidih masukkan kue teow, kucai, taugeh & kacau rata.Pecahkan telur, kacau & boleh angkat untuk dihidang.

Brokoli Shitake

Bahan:

Brokoli
Bunga Kobis
Kacang Peas
Carrot
Daun Saderi
Capsicum/ cili hijau
Sos tiram
Shitake
Bawang Putih 3 ulas diketuk
Segenggam udang
Fish Ball
Fish Cake
Corn Flour
Air

Cara:

Stim sayur. Tumis bawang putih, masuk fish ball, fish cake, udang & shitake. Masukkan sos tiram. Masukkan air secukupnya. Masukkan corn flour mengikut pekat.

Kerisi Sumbat Belakang

Bahan A
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2/3 sudu cili kering
1 inchi kunyit hidup
1 inchi halia
Sedikit belacan

Bahan B
Sos cili secukup rasa @ cili boh
Sedikit gula pasir
Gram secukup rasa
Ikan kerisi dibelah belakang

Cara:

Campurkan bahan A & B. Gaulkan ikan kerisi dengan kunyit serbuk dan masukkan bahan yang di gaul sekali di belakan belahan ikan. Goreng macam biasa.

Gulai Daging

Bahan:

½ kg daging dipotong dadu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inchi halia
3 sudu lada mesin
1 sdk rempah gulai daging-  cap bunga ros
Sedikit rempah ketumbar (serbuk) – cap bunga ros
Rempah biji- untuk tumis
(pelaga, lawang, jintan, kayu manis)
1 inchi gula Melaka
1 sudu kerisik
1 kpg asam gelugor
Santan ½ biji
ubi kentang

Cara:

Kisar bawang merah, putih & halia.
Gaul lada mesin & rempah gulai daging & rempah ketumbar. 
Tumis rempah biji + bahan mesin + rempah gulai. Masukkan daging & air. Biarkan empuk. Masukkan kerisik, asam gelugor, gula Melaka & garam.

Budu

Bahan:

Budu
Bawang dimayang
Limau nipis
Tempoyak (optional)
Cili api di hiris

Cara:
Masukkan semua didalam pinggan kecil. Sedia untuk dimakan.

Sambal Belacan

Bahan:

2 biji cili merah
Sedikit belacan
3 biji cili api
Gula
Hirisan mangga masam

Cara:

Blend / tumbuk semua bahan ditambahkan gula & di gaul dengan hirisan mangga masam.Sedia untuk di hiding.

Singgang Ikan Aya

Bahan:

¼ lengkuas dihiris
4 hiris kunyit
Seulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 keping asam gelugor
2 biji cili hidup/ cilia pi
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Perasa

Cara:

Rebus semua bahan bersama ikan aya sehingga empuk. Masukkan asam gelugur, garam, gula & perasa secukupnya.Hidangkan bersama budu / sambal belacan. Enak dimakan bersama ikan masin & telur dadar.

Ikan Bakar Terengganu

Bahan kuah ikan bakar:

3 sudu cili boh
1 ulas bawang besar (dikisar)
Belacan
5/6 batang serai (blend dan ambil air + ampas ½)
Gula secukup rasa
Daun Kesom – dimayang

Cara:
  1. Gaul cili boh bersama bawang besar yg telah dikisar.
  2. Tumis bersama belacan sehingga naik wangi. Masuk gula secukup rasa.
  3. Biar mendidih lama.masukkan air serai + ampas serai untuk pekatkan kuah.
  4. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
  5. Masukkan garam & perasa.
  6. Akhir sekali masukkkan daun kesom.

Cara Bakar ikan:
  1. Letakkan daun pisang dia atas kuali leper. Sapukan kuah ikan bakar ke atas daun dan letakkan ikan.
  2. Lumur sedikit kuah ikan lagi ke atas ikan dan ditutup dengan daun pisang.
  3. Biarkan selama 15 min untuk ikan itu masak.
  4. Sesudah masak angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan dan di curahkan lagi kuah ke atas ikan tadi.
  5. Taburkan sedikit daun kesom diatas ikan. Siap untuk dihidang.

Thursday 28 April 2011

Nasi Minyak Terengganu

Bahan:

Beras mesti direndam 3 jam / semalaman sblm dimasak dan di toskan (Guna Basmathi)
4 pot beras
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Cengkih
Buah Pelaga
Halia sebesar ibu jari kaki(blend)
5 ulas bawang besar(blend)
3 ulas bawang putin (blend)
1 labu bawang besar(potong dadu)
2 sudu susu pekat
2 sudu planta
1 ½ sudu minyak masak
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara:
  1. Masukkan 2 sudu besar planta dan 1 ½ sudu minyak masak dalam periuk
  2. Tumis rempah kasar, bawang mesin & bawang besar hingga naik bau. Masukkan air ikut sukatan beras(4 pot + 1 ½ pot extra air)
  3. Masukkan sos tomato ½ senduk, susu pekat 2 sudu dalam air tadi dan tomato dipotong dadu.
  4. Isi garam secukup rasa, gula, daun pandan. Biar air mendidih. Rasa kuah secukup rasa baru masukkan beras yg ditoskan.
  5. Sesuai dimakan bersama papedom, acar timun, gulai@ kari daging atau ayam masak merah.

Puding Pelangi

Bahan A
30gm agar-agar (2 bungkus)
7 cawan air

Bahan B
½ cawan tepung custard
1 ¾ cawan gula pasir
1 tin susu cair
3 biji telur
3 sudu majerin
1 sudu vanilla

¾ cawan coco + air panas

Cara Penyediaan:
  1. Bila bahan A hancur, tapiskan dalam periuk satu lagi.
  2. Masukkan Bahan B dan gaul rata.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian (dua periuk). Satu bahagian di campurkan dengan coco. Panaskan kedua2 adunan di atas api perlahan hingga pekat.
  4. Sediakan acuan. Sendukan adunan berwarna coklat berselang seli dengan adunan satu lagi sehingga habis. Jangan terlalu tebal.
  5. Sejukkan. Sedia untuk dimakanJ