Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts
Friday, 17 June 2011
Sagun
Bahan-bahan
3 kilo beras ( jenama yang murah shj,direndam semalaman )
8 biji kelapa dibuang kulit ari ( kelapa yg blum cukup tua;basah) - diparut
Sedikit garam
3 helai daun pandan
1 kilo gula
Cara Membuat
1. Tumbuk beras atau bleh juga guna mesin food processor dan ayak hingga habis.
2. Apabila selesai campu dengan kelapa yang dah siap diparut.
3. Tambahkan garam dan kepalkan menjadi seperti bola tenis.
4. Panaskan kuali dengan api perlahan lalu. asukkan kepalan tepung tadi sambil pecah2kan.
5. Balik2kan hingga separuh masak baru masukkan daun pandan yang telah disiat-siat kecil.
6. Goreng tepung tadi sambil gesek2kan dengan menggunakan senduk supaya ketulan-ketulan kecil pecah.
7. Goreng sampai garing dan api mesti kecil selalu.
8. Apabila daun pandan garing barulah boleh diangkat. Masa memasak anggaran 4 hingga ke 5 jam. Sejukkan.
9. Apabila sejuk campur dengan gula tadi dan gaul sebati. Buang daun pandan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Monday, 13 June 2011
Wajik Derap
Bahan
1kg beras pulut direndam semalaman
500gm gula pasir
500gm gula melaka
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
Daun pandan
Garam
Cara Membuat
1. Masukkan gula pasir,gula melaka dan santan ke dalam kuali. Jerang di atas api sehingga mendidih.
2. Masukkan garam dan daun pandan.
3.Kacau sehingga gulanya kanting.
4. Masukkan pulut yang siap dikukus. Gaul sehingga sebati dan padamkan api. Sejukkan.
Kuih Gulung @ Sepit
Bahan
600gm tepung gandum
600gm gula pasir
10 biji telur
Sedikit rempah kuih ( bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis dikisar halus dan ditapis airnya )
1/2 biji kelapa dan diambil santan sebanyak yang cukup (dijadikan doh)
1/2 senduk minyak kelapa
Cara Membuat
1.Masukkan gula dan telur. Kacau sehingga gula hancur dengn menggunakan tangan.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan santan dan perahan air rempah tadi yang telah ditapis.Aggakkan cukup cair dan pekatnya.
3. Masukkan minyak ke dalam adunan tadi dan perap semalaman.
4. Panaskan acuan sepit dan sudukan sesudu dan bakar sehingga kekuningan.
5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat. Sekiranya pekat tambah sedikit air. Selamat mencuba.

Subscribe to:
Posts (Atom)