Bahan
2 kotak spageti ( direbus terlebih dahulu, utk 20 org)
600gm ikan tenggiri
600gm ikan parang
4 ekor ikan kembung
( ikan direbus dan dihancurkan terlebih dahulu )
200gm isi udang basah
100gm udang kering ( dihancur halus )
Sedikit belacan
1 cawan kelapa ( dijadikan kerisik )
5 cawan santan ( drpd 3 biji kelapa )
1 senduk nasi cili kering
5 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih ( dihancurkan sampai halus )
Sepotong kecil halia dan lengkuas
4 batang serai
1/2 sudu gula pasir
Sedikit garam
Cara Memasak
1. Tumis campuran bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili giling sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ketiga2 rempah beserta isi ikan dan udang.
3. Masukkan santan, kerisik, gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat dan dimasak pada api sederhana.
Bahan Ulam
1 batang timun ( dibuang kulit dan dimayang halus )
2 mangkuk tauge, sedikit daun kesum dan daun selasih ( dimayang halus )
3 hingga 4 biji limau kasturi
Sedikit lobak asin dan sambal belacan
Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts
Thursday, 16 June 2011
Friday, 29 April 2011
Char Kue Teow Penang
Bahan untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih diketuk
6 sb sos tiram
3 sdk kicap pekat
3 sdb kicap manis
1 sdk petis
2 sb pati ikan bilis/ pati udang
3 sdk garam
1 sdk gula
Bahan untuk mee:
1 pek kue teow
1 sb cili boh
Kerang
Sedikit taugeh & daun kucai
2 biji telur
Cara untuk Paste:
Rebus udang dan iar. Bila udang hamper masak, angkat udang & toskan. Jangan buang airnya.Campurkan air rebusan tadi dengan bahan paste. Reneh paste hingga pekat. Matikan api biar sejuk dan simpan dalam fridge.
Cara untuk Mee:
Tumis cli boh hingga kering. Masukan 4 sdb paste tadi. Masukkan udang yg direbus dan kerang. Masukkan ½ cawan air. Proses memasak 3-4 min sahaja. Pastikan api kuat. Bila ir mendidih masukkan kue teow, kucai, taugeh & kacau rata.Pecahkan telur, kacau & boleh angkat untuk dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)