Tuesday, 13 December 2011

Donut Ball Bonda

Bahan-bahan ( < 30 Biji )

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air
gula saduran

Cara-cara

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan dgn api perlahan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Sunday, 14 August 2011

Biskut Coklat Chip



Bahan-bahan ( 100 biji )

450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus(panggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil emplex (perangup biskut)

Cara-cara

1)Pukul mentega dan gula sampai kembang
2)Masukkan telur dan pukul lagi
3)Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
Masukkan gajus dan kacau lagi
4)Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
5)Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit

Biskut Bangkit Nyonya



Bahan-bahan ( 70 biji )

350 gm tepung ubi
150gm gula icing
20 gm mentega
1 biji kuning telur
130 gm santan pekat
1/8 sudu teh baking powder
1 sudu teh emplex(perangup biskut)
Cara-cara

1)Sanggar tepung ubi di dalam oven selama 15-20minit.
2)Gaul sebati gula acing, mentega & kuning telur.
3)Masukkan santan dan gaul sebati lagi
4)Gaul sebati baking powder kedalam tepung ubi bersama emplex.
5)Masukkan tepung kedalam adunan santan tadi & uli hingga menjadi doh.
6)Canai doh dan terap mengikut bentuk yg disukai.
7)Bakar pada suhu 150'C selama 15minit.

Choclate Crispy Bar



Bahan-bahan ( 10 orang )

4 cawan rice bubbles/bertih nasi
1pack marshmallow putih(agak-agak dalam 30-35biji)
1/4 cawan serbuk koko
6 sdb butter
200 gm bitter chocolate/cooking chocolate

Cara-cara

1- Sapukan butter pada kertas baking pada loyang empat segi 8-inchi.Saya gunakan dua loyang. Ketepikan loyang.
2-dalam periuk cairkan butter,marshmallows bersama serbuk koko. Gunakan api sederhana,kacau sehingga marshmallow cair sepenuhnya dan sebati dengan butter dan serbuk koko. Masukkan bertih beras dan kacau rata.
3-Angkat, masukkan dalam loyang dan tekan rata.
4-sejukkan sebelum dihias dgn coklat cair.
5-Selepas coklat hiasan mengeras bolehlah dipotong bentuk empat segi bar coklat bertih ini dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, 17 June 2011

Asam rebus Keladi

Bahan


1 ikat keladi
1/2 cawan ikan bilis
5 keping asam gelugur
5 cawan air
(bahan utk ditumbuk)
5 ulas bawang merah
5 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

Cara Membuat


1. Buangkan kulit batang keladi kulit isinya. Panaskan air dalam periuk dan rebus keladi dan isinya hingga empok. Toskan airnya.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk ,keladi dan bahan2 yang lain serta air dalam periuk dan didihkan.
3. Setelah mendidih rasa garamnya. Tambah secubit gula dan siap dihidang.

Asam Rebus Terong

Bahan


3 biji terong panjang (dipotong serong)
2 ekor ikan sepat masin
Secubit gula
Air asam jawa secukupnya
(bahan utk ditumbuk)
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Membuat


1. Masukkan kesemua bahan yang ditumbukkan beserta 1 cawan air dan ikan masin dan terong terong. Jerang atas api hingga mendidih.
2. Masukkan air asam jawa secukupnya dan secubit gula. Rasa masinnya, angkat dan sedia dihidang.

Asam Rebus Bendi

Bahan


300gm bendi
1/2 cawan ikan bilis (direndam sebentar dan diramas sedikit)
Air asam jawa secukupnya
(bahan untuk dimesin)
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili kering
2 biji cili api
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara Membuat


1. Masukkan bahan yg ditumbuk kedalam periuk bersama ikan bilis. Jerang atas api hingga mendidih.
2. Masukkan air asam jawa dan bendi. Biarkan mendidih dan rasa masin dan masamnya. Bolehlah diangkat.