Wednesday, 8 June 2011

Asam Pedas Daging

Bahan A

500gm daging ( dipotong kecil )
3 helai daun limau purut
2 cawan air
1 cawan air asam jawa
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B ( dikisar )

10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 batang serai
3 biji buah keras
1 inci belacan

3 batang serai
2" lengkuas diketuk

Cara Membuat

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
2. Masukkan daging dan air biar sehingga daging empuk. (tutup periuk )
3. Masukkan air asam jawa dan biar sehingga mendidih.
4. Suaikan rasa dan masukkan daun limau purut.
5. Biarkan reneh sehingga pekat dan pecah minyak.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

0 comments:

Post a Comment