Sunday, 12 June 2011

Kuih Talam Berlauk

Bahan A ( Bancuhan Tepung )


1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
( 1 cawan susu cair tambah 2 cawan air )
1 sudu teh garam
2 biji telur
2 sudu makan keju Cheddar ( diparut ) *jika suka

Bahan B ( Inti dan Hiasan )


200gm daging kisar ataupun cincang
1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
1 sudu makan rempah kari
2 biji cili merah ( dihiris )
5 tangkai daun sup
1 pokok daun bawang ( dihiris halus )
1 sudu makan minyak
Garam secukup rasa

Cara Membuat Bancuhan Tepung


1. Kacau semua bahan kecuali keju cheddar dan tapiskan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inci yang disapukan marjerin. Kemudian taburkan keju cheddar.
2. Masukkan ke dalam ketuhar yang dipanaskan 180C selama 20 minit.
3. Keluarkan dan taburkan inti yang disediakan dan bakar lagi selama 30 minit ataupun sehingga masak.
4. Sejukkan dan taburkan daun bawang, daun sup, dan cili merah yang dihiris.
5. Potong dan hidangkan.

Cara Membuat Inti


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging kisar. Kacau rata kemudian masukkan rempah kari. Kemudian kacau rata sekali lagi.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang dan daun sup.
5. Angkat dan sejukkan.

0 comments:

Post a Comment