Wednesday, 8 June 2011

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Bahan A

5 biji telur itik ( boleh gunakan telur ayam juga)
1 cawan santan pekat
10 biji belimbing buluh
1 helai daun kunyit ( dikoyak )
2 batang serai ( diketuk )
Garam secukup rasa

Bahan B

20 biji cili api
2 1/2 inci kunyit
2 cawan santan

Cara Membuat

1. Masukkan bahan yang dikisar dan serai ke dalam periuk.
2. Kemudian, masak perlahan sehingga mendidih.
3. Pecahkan telur itik ke dalam periuk satu per satu ( jangan sampai kuning telur pecah )
4. Biarkan sehingga mendidih dengan api yang kecil.
5. Masukkan santan pekat,garam,daun kunyit,dan belimbing buluh. Kacau perlahan supaya tidak pecah minyak.
6. Hidangkan dengan nasi putih.

0 comments:

Post a Comment