Tuesday, 7 June 2011

Ayam Goreng Berempah

Bahan A

5 keping paha ayam
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili
   Sedikit daun kari
   Garam secukup rasa
   Minyak masak

Bahan B

5 sudu bawang putih
1 inci halia
3 batang serai

Cara Membuat :

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama setengah jam.
3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
4. Apabila ayam sudah masak dengan kuning keemasan, angkat dan tuskan minyak.

Sedia untuk dihidang...selamat menjamu selera 

0 comments:

Post a Comment