Friday, 17 June 2011

Kupang Goreng Bercili





Bahan-bahan


1 kilo kupang dibersihkan dan direbus
2 sudu cili boh
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
Sedikit gula dan garam
Minyak utk menumis

(bahan yamg dimesin)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia


Cara Membuat


1. Kupang dikopik kulitnya.
2. Panaskan kuali, tumiskan bahan2 yang dimesin. Apabila garing campur cili boh goreng hingga garing.
3. Campurkan kesemua sos dan campurkan air, biar mendidih sekejap.
4. Masukkan kupang dan kacau.
5. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tambah air jika perlu.
6. Balik-balikkan dan angkat. Sedia dihidang.

0 comments:

Post a Comment